sEcuBiT kAta

Monday, 21 November 2011

SaTu PenGaLamAn..rEAliTi keHiduPaN 2

assalammualaikum...
menyambung cerita disebalik kata punjangga dont charge by the cover book..

mengajar si pegemudi 'bahtera' ini mengenai kisah hidup sebuah keluarga yang telah secara sedar mahupun tidak menunjukkan kisah yang cukup menarik untuk dijadikkan teladan dan pedoman hidup mengenai erti pergorbanan...

kisahnya bermula dari hari pertama kaki pengemudi bahtera ini melangkah masuk ke dalam rumah yang pada mulanya sunyi..sepi dan ditemani suasana yang sejuk...

kota fikiran..hati kecil ku berbisik secara tiba-tiba...

dimanakah semua penghuni yang tinggal dirumah ini?????..
barang kali semuanya..masih dibuai mimpi....
sewaktu ku mulakan langkah ku disitu..ku dikejutkan dengan seorang hamba ALLAH yang diselebungi kain putih yang suci untuk menunaikan ibadah subuhnya di masjid iaitu ibu kepada sahabatku....dengan sapaan senyuman tanpa megeluarkan kata..ibu sahabatku..meanggukkan kepala menandakan membenarkan dan mempersilakan aku masuk kedalam rumahnya....

apa yang cuba untuk ku sampaikan atau untuk ku kongsikan pandangan ku ini hanya lah..sekadar muhasabah pada diriku mahupun pada pemuda dan pemudi diluar sana...

sekali pandang nampak remeh..tapi setelah pandang secara mendalam..kadang kita orang yang muda..yang ALLAH beri kita tenaga yang cukup sihat serta kuat..kita lah menjadi orang yang sangat lemah..yang sangat tidak bermaya untuk bangun lebih awal untuk menunaikan solat subuh..apatah lagi kalau2 kita diselimuti dengan selimut yang tebal..ditemani dengan bantal yang sedap dan ditiupkan dengan udara yang sejuk...

jika kita lihat kisah yang ku dikejutkan oleh seorang hamba ALLAH td..ku tergamam..terdiam seribu bahasa..fikiranku lantas berfikir..kalo aku ada ditempat makcik tersebut..pasti liat untuk ku bangun..pasti berat untuk ku buka mata...pasti rasa sayang nk tinggalkan tempat ditidur..apatah lagi dengan suasana yang sejuk..bagaiman dengan pemuda dan pemudi diluar sana???....

dan selama ku berada dalam bus untuk pulang ke tempat ku berkerja sementara..fikiran ku..hati ku..tertanya2..adakah aku kuat seperti ibu sahabatku???..adakah aku layak digelar sebagai seorang daie??..adakah pemuda dan pemudi diluar sana sudah merasakan kalian juga kuat seperti ibu sahabat ku ini???...

dan itu la erti pegorbanan yang perlu kita semua laksanakan dalam mencari kebahagian hidup didunia mahupun diakhrat kelak.....................


setelah seluruh tubuh ku berada didalam rumah tersebut...aku terus dipelawa untuk tidur diatas katil yang bagi ku cukup selesa untuk ku bermimpi indah untuk seketika waktu...=)....dan itu hari pertama pegemudi bahtera ini mejalani kehidupan yang sementara di rumah tersebut...


(bersambung.............)

Wednesday, 16 November 2011

SaTu PenGaLamAn..rEAliTi keHiduPaN

assalammualaikum dan salam dunia,,

sudah lama rasanya tidak menaip kata di 'bahtera pemuda ini'..terkilan juga rasanya kerana tiada siapa yang akan melayarkan 'bahtera' ini melainkn tuannya..ibaratnya..'bahtera yang hanya terumbang-ambing'dipukul ombak..ditiup angin..tanpa dilayarkan kemana-mana'....

mudah bicaranya..seperti manusia yang sering leka dibuai mimpi dan diselimuti dengan kealpaan..terumbang ambing dalam kegelisahan untuk meneruskan kehidupan..dipukul dengan bisikan syaitan sehinngakan melayarkan dirinya dengan melakukan kemaksiatan..

Allahhurabbi...=(

bukan niat disudut hati kecil ini..menyusun kata dengan meyakiti hati pemuda pemudi diluar sana...tapi..ingin memulakan 'enjin bahteranya'ini..dengan melayarkan ke dunia pegorbanan dalam kehidupan....

pergorbanan...1 ungkapan..kata..yang mudah untuk kita tuturkan..mudah untuk kita lafazkan..dan paling mudah untuk kita fahami maknanya..tapi..sayang..kita hanya fahami..berbanding kita fahami dan hayati maknanya...

pada tanggal 6/11..satu tarikh yang cukup indah dalam kehidupan pemuda ini..satu tarikh yang bnyak megajar pemuda ini pegalaman dalam satu realiti kehidupan...dan yang paling indahnya...tarikh ini la yang bnyak megajar..menyedarkan pintu hati pemuda ini denngan alunan rasa sayu..sedih..sebak dijiwa..iaitu erti pegorbanan yang telah dapat pemuda ini tafsirkan dalam kehidupan seharian..

untuk menceritakan atau menaip kata di 'bahtera' ini...agak sukar untuk pemuda ini kemudikan..tetapi..untuk mudah menyusun kata..apa yang cuba disampaikan disini megenai pergorbanan...

jika kita lihat..diluar sana..ramai dikalangan kita..yang kaya raya..yang hidup dengan penuh kesempurnaan..mahukan itu..pasti akan dapat..mahukan ini..pasti akan dapat..tidak perlu menunggu masa yang lebih lama untuk menggapai hasrat dan cita-citanya...tetapi..terdetik disanubari pemuda ini dan melihat dengan sehalus-halusnya dan sedalam-dalamnya selama pemuda ini meginap di sebuah kampung yang cukup indah...

riuh rendah dalam keadan yang cukup gembira..suasana yang cukup membuatkan pemuda ini rasa selesa..tetapi..rupanya..ada sepekara yang pemuda ini terlepas pandang walaupun cuba untuk meghayati suasana kehidupn di kampung ini dengan bertemankan satu keluarga yang cukup peramah..periang..

betullah kata punjangga..'dont charge by the corver book'...sekadar menilai diluaran sahaja..kita akan binasa dan rugi yang akan menjdi teman kehidpan kita..

dan alhamdulillah..sepanjang kehidupan ku bersama keluarganya disebuah kampung,,bukan sekadar ku menilai luaran pada 'kulit bukunya'..tetapi ku dapat menilai 'isi yang tersirat dan tesurat'yang ada di 'buku'nya...

(kepada penumpang(followers) bahtera ini..untuk
selanjutnya akan menyusul dalam masa terdekat jika
di izinkan ILAHI...)

Saturday, 11 June 2011

kEsEdArAn..

Assalammualaikum dan salam ISLAM...

kerinduan mula berputik pada saat ini..sudah lama tidak menutur kata di laman ini..kebencian mula menular dalam jiwa pemuda ini apabila membaca..mengikuti isu semasa kini..kesedihan..membasahi jiwa ini , apabila melihat golongan yang inginkan keadilan..kebenaran..ditikam..dicerca..dihina begitu sahaja..rasa simpati..sayup..sedih..benci..marah..mula berbunga-bunga..mula membuak-buak dalam hati kecil pemuda ini..melihat gelagat pemuda..melihat gelagat pemudi yang ISLAM..tidak mengindahkan keadaan yang semakin teruk dimamah bisikan syaitan pada manusia..menutup mata melihat kezaliman..kekejaman..penindasan terus berlaku di depan mata..

mana kalian wahai pemuda ISLAM!!!..mana kalian wahai pemudi ISLAM!!!!!!...


ASTAGFIRLLAH....(megucap panjang..isgthfar pengubat hati yg kotor ini)...=(

Aku bersyukur pada Mu YA ALLAH..KAU masih memberi aku kekuatan..KAU masih lagi memberi ku kesempatan untuk aku melihat pelbagai corak kehidupan..KAU masih memberi aku peluang untuk aku menikmati kesenangan yang sementara ini..

aku bersyukur pada MU YA ALLAH..dikala aku melihat ramai pemuda..pemudi yang ISLAM begitu leka dengan kesenangan dunia..aku terfikir seketika..

apakah daya aku untuk aku mengubah ini semua??!!!!!
apa yang mampu aku lakukan???!!!!!!!
APA YANG TELAH AKU LAKUKAN TERHADAP ISLAM????!!!!!!!

sedangkan agama ISLAM mula dimainkan..umat ISLAM dipermaikan..dibodohkan..=(

aku tidak mahu menyentuh perkara lain..kerna aku yakin pemuda..pemudi ISLAM yang berada diluar sana ..adalah golongan pemerhati..golongan yg bijak bestari berbanding diriku yg kerdil ini..
cuma..aku mahu menyentuh sedikit sudu ini..bukan untuk aku bermegah-megah dengan pandangan ku yg kecil ini..tetapi aku sayang kalian semua..wahai pemuda dan pemudi ISLAM....

sebelum ku menutur kata..melotar idea..ingin ku pohon berjuta kemaafaan pada semua pemuda..pemudi yg berada diluar sana..ku bukan manusia yang sempurna..ku hanya mahukan kebenaran..keadilan..ku mahukan kezaliman..penindasan ditumbangkan..

ingin ku sentuh pada saat ini..ketika ini..apakah matlamat kalian wahai pemuda & pemudi ISLAM apabila kalian wujudkan account facebook??..twinter??..blogger??..dan bnyk lagi..

ku tidak mahu mengaibkan sesiapa..tiada niat disitu..hanya ku inginkan pemuda dan pemudi diluar sana fikirkanlah??..adakah benar dengan apa yang kita lakukan ini sebagai generasi bakal pemimpin kelak???...

kalian tidak mahukan kebenaran..keadilan..tertegak????!!!!!!
atau kalian mahukan kebenaran..keadilan..tumbang??!!!!!..=(

akhri bicara yang tidak seberapa ini..ku pohon jutaan maaf..pada semua pemuda..pemudi ISLAM andai kalian terasa hati pada article kali ini..ku bukan apa..ku ingin ISLAM TERTEGAK DIMUKA BUMI INI..KU INGINKAN KEADILAN..KEBENARAN TERUS MENJADI PAKSI PADA KEBAHAGIAAN KITA BERSAMA,..

Saturday, 28 May 2011

mENutUr kAta sEkeTikA

Assalammualaikum semua...how are you today???..hope everyone enjoy your life..huhuhu..ea..tertype bahas inggeris lah pulak..huhuhu...

ok2..sebelum nak mulakan lebih lama kalian nak baca article yang bakal dibaca nanti..nak ajak kita terbangkan..kita layarkan pemikiran kita sekap ini..untuk kita semua berfikir sekejap je..kalau paling malas sangatla..kita layarkan pemikiran kita..sekali layar je..tapi kalau kalian nak berfikir atau layarkan lebih lama pun..alhamdulilah..

kadang-kadang kita selalu kata kt sesiapa la pun yang ingin berubah ke arah kebaikan...
1. 'skema' la kau ni..pe barang jadi baik...

x pun..bila kawan kita tegur dengan sikap kita yang berlanggar dengan hukum ISLAM..kita kata gini plak..
2. ala....ko x pyh la nk tegur aku..ko pun buat jugk dulu..

dan yang lebih best ag kan..part ayat nie..
3. eh..ko pe hal nk tegur aku????..mcm ko 2 baik sgt...ko nk berubah jd tok imam ke..tok kadi ke..tok bilal ke..lantk ko la..kubur masing-masing..

hmmmmmmmmmmm...rasa-rasa lah kan siapa la sangat yang suka lafazkan kata-kata gitu kan????..sedih la gini..kadang-kadang.,diri ini percaya sangat..,ada pemuda yang kt luar sana 2..nk berubah kearah baik..kearah kehidupan islam..tp,mereka takot...sebabnya???..inilah salah satu faktornya..kerana ejekkan kawan..hinaan kawan sendiri..

eh..sedar lah pemuda..pemudi Islam..kalian x berbangga ke jadi umat ISLAM???!!!..apa yang nk di malukan tentang ajaran..kehidupan ke arah ISLAM???..ISLAM ada memalukan kalian ke.,jika kalian mengikut ajarannya????...

lagi satu..selalu sangat ayat ini digunakan pada pemuda dan pemudi sekarang...
"x sampai hidayah lagi untuk berubah"...insyaALLAH..sampai je hidayah..aku berubah la nanti....

hahahaha..kelakar kan???..eh..betul..hidayah itu milik ALLAH..tapi..kalau hambaNYA tiada niat nak berubah..mcm mana hidayah tu nk sampai???..

ooppss..obses pulak..maaf pemuda..pemudi yang kt luar sana..k la..setakat ni je dulu k yang mampu ditutur kata..nama title pun..menutur kata seketika..huhuhu..

k la..akhir kata untuk seketika..fikir-fikirkan..renung-renungkan..dan selamat beramal...

kemanisan iman an ISLAM akan dapat kita sendiri yang rasai andai kita punyai niat..azam untuk berubah..strive 4 mardhatillah..!!!!

Friday, 27 May 2011


Assalammualaikum dan salam alam didahulukan sebelum menyusun kata..menutur bicara kepada semua insan yang menyandang jawatan sebagai “ manusia” serta diberi amanah dan tanggungjawab untuk membaca..meneliti..mengkritik serta memahami isi kandungannya..=)

  Tik..tok..tik..tok.. jarum di jam sentiasa bergerak mengikut waktu yang telah ditetapkan..dupdap..dupdap..degupan jantung terus berdegup selagi nyawa dikandung badan..Dalam kesibukkan kita mengejar arus kemewahan dan keselesan hidup..kadang-kadang kita terlupa janji  kita pada yang MAHA ESA ketika dahulu..kita leka dengan buaian hawa nafsu yang dibuaikan oleh syaitan..ada sama kita sedar mahupun kita buat-buat tidak sedar..ketika mana kita diberi tanggungjawab mahupun jawatan dalam sesuatu organisasi..kita mula bangga..kita mula riak dengan sedikit kelebihan pemberian ALLAH yang mahu menguji kita..bukan nak mengatakan diri ini cukup sempurna..Cuma nak mengajak kalian melayari bahtera kehidupan seharian kita..
bukan untuk megajak mengumpat,bukan nak mengajak menfitnah dan memburukkan sesiapa..atau pun sebaliknya..tetapi nak menyeru kepada diri ini serta kepada kalian mengenai ‘MASA’.
MASA…MASA…MASA…pasti dan mesti terlintas di kotak fikiran kita semua…bila sebut sahaja MASA,kita kaitkan ia dengan jam..tidak kira la..kita terbayang jenama jam apa sekali pun..jenis jam mahal..jenis jam murah..semuanya sama..yang berbezanya hanya kuantiti harga..tapi sayang sangat..andai kita ada punyai jam yang mahal..kuantitinya tinggi..,tapi dari sudut kuantitinya..hmmm..sangat rendah..apa yang cuba untuk disampaikan dari segi kuantiti ye?????..makna nya..jangan la kita hanya sibuk mencari mahupun membeli jam yang berjenama mahupun yang mahal sahaja..tapi kita tidak menggunakkannya sebaik yang mungkin..kita hanya menjadikan nya sebagai perhiasan pada diri..kita jadikan nya sebagai pelengkap perhiasan pada satu sudut kawasan..tidak kira la di rumah ke..dibilik tidur ke..dan di tempat-tempat yang lain..(maaf dipinta pada mana-mana yang terasa mahupun teguris hati)…
Hmmmm…bukan nak kata apa..pasti kalian pernah dengar ayat nie kan..contohnya gini.. ‘janji melayu..memang begitu pun..janji pukul 8 pagi..datangnya pkul 9 atau pukul 10 pagi’..betol x????..apa pandangan kalian semua tentang kata-kata nie???...rasa-rasanya boleh terima ke???boleh pakai ke????...
Hakikatnya memang begitu jika kita lihat manusia yang berbangsa melayu pada hari ini..(maaf dipinta sekali lagi pada mana-mana yang tersa hati)..bukan apa..niat dihati untuk menyedarkan kalian yang berbangsa melayu ini serta pada diri ini jua..
Jom…kita lapangkan dada..kita buka minda kita..kita buka seluas-luasnya mata kita pada keadaan sekeliling kita…cuba kita lihat kebiasaannya..siapa yang biasa sangat keluarkan kata-kata ‘janji melayu…kata nak datang awal..tapi lambat juga datang akhirnya’..siapa ye agak-agaknya…???

Nah..!!.pasti dan diri ini yakin yang amat..jawapannya adalah..bangsa melayu sendiri yang keluarkan kata-kata itu..betol x?????...siapa setuju..,angkat tangan macam saya..????...hehehe..,xdelah..gurauan semata-mata..kadang-kadang kita duduk saja..kita minum ke makan ke..pernah x terlintas seketika..atau sekejap saja..untuk kita fikir mengenai perkara ni?????..kita sibuk sangat marah dekat sesiapa pun..kalau kutuk bangsa kita sendiri…tapi..ada sama kita sedar..,atau buat-buat tidak sedar..kita sendiri yang kutuk bangsa kita…hahahahahaha…kelakar kan kita nie????..jadi apa respond kalian ye????..sekadar membaca..mengkritik..melihat sahaja je ke????...tidak mahu cuba ke untuk mengubah segala perspektif..segala pandangan orang terhadap bangsa MELAYU?????..hmmmmm..ayuh…sama-sama kita fikirkan..dan selamat beramal…
Ok..ok…hmm..itu baru cerita mengenai masa bersudutkan bangsa…cukup kot sekadar untuk menulis setakat itu..mungkin selepas nie kalian tolong kupas dan ulas ye mengenainnya…sekarang nak ajak kalian layarkan fikiran..pandangan..kalian mengenai masa bersudutkan agama lah pulak..huhuhu…
Rasanya..isu mengenai ini kot lagi best dibawa berkongsi dan bertukar pendapat..bukan apa…untuk mencari kebahagian didunia dan di akhirat….jom..jom…kita lapangkan fikiran..kita buka selapang-lapangnya dada kita untuk menerima pendapat orang..kita buka mata kita untuk menilai diri kita dan keadaan sekeliling…ok..????
Dalam kesibukan kita sebagai manusia mencari kesempurnaan dunia, ada di antara kita yang terlupa akan kesempurnaan rohaniah untuk di bawa pulang nanti bertemu yang Maha Esa. Sering dijadikan alasan masa..waktu….menjadi penghalang untuk berbuat amal kebaikan apatah lagi ibadah. Kalau difikirkan dari aspek perkerjaan....yang lain pun ada tanggungjawab masing-masing. Tetapi mengapa ada pihak yang mampu menyempurnakannya?. Di sini bukanlah saya cuba mengatakan diri  ini begitu sempurna... hanya..
sedikit pengatahuan yang diizinkan oleh Allah swt kepada diri ini untuk dikongsi bersama.

Hidup kita yang sangat singkat ini, penuh dengan banyak perkara dan tanggungjawab untuk dilaksanakan.
Tatkala kita sibuk mengerjakan yang lain,kita sering terlupa mengerjakan yang wajib. Sudah menjadi lumrah kita sebagai manuasia perlu mencari keperluan dalam hidup. Tetapi apalah salahnya kalau kita praktikkan sedikit masa untuk menunjukkan rasa kasih dan sayang kita pada Allah yang Maha Mengasihi lagi Maha Pemberi.

Kalau dilihat dari aspek masa yang sering menjadi persoalan atau lebih tepat lagi faktor utama kepada kita, kalau tidak silap kita ada 24 jam sehari. kita berkerja lebih kurang 8 hingga 10 jam sehari, kita berehat lebih kurang 5  hingga 8 jam. Kalau dikira masa yang memang betul-betul kita gunakan lebih kurang 18 jam. Tapi kita ada 24 jam. kita ada lebih kurang 6 jam lagi.
Mari kita lihat berapa banyak masa yang diambil untuk mengerjakan solat yang telah diwajibkan ke atas kita. Kalau saya kira masa yang diambil kalau kita berjemaah di masjid. kalau 4 rakaat + wirid + doa = 15minit. Kalau kita kira purata dalam 15 minit satu waktu....15 x 5 = 1 jam 5 minit. ada balance lagi dalam 4 jam setengah.

Setiap apa yang telah difardhukan ke atas kita adalah tanggungjawab yang kita perlu lakukan walau dalam apa keadaan sekali pun. Ini kerana setiap apa yang wajib itu ada kebaikannya. Contohnya solat itu sendiri. Selain sebagai penenang jiwa ia jugamerupakan punca..atau magnet rezeki. Jadi kenapa perlu kita abaikan? Padahal awalnya tadi kita sendiri yang sibuk dengan pencarian nafkah hidup. Bila sudah diberikan peluang oleh Allah swt untuk dipermudahkan, kenapa kita perlu pilih jalan yang susah? Itu baru satu, masih banyak lagi amal ibadah yang membawa kebaikan secara terus menerus kepada kita. Jadi tunggu apa lagi? Rebutlah peluang sementara kita masih ada kudrat melakukannya. Janganlah kita berputus pada rahmat Allah, sesungguhnya Allah swt itu Al Rahman,Al Rahim. Dan takkan pernah Dia mahu melihat hamba – hambanya dalam kesusahan
. Seruan saya pada diri saya dan yang lain. Marilah kita perbanyakkan ibadah kita mudah – mudahan kita akan dirahmatiNya stirve for mardhatillah=)

Wednesday, 25 May 2011

salam mardhatillah

Dalam meniti perjalanan arus kehidupan yang penuh dengan gelombang ini bnyak dugaan,halangan,cabaran yang perlu ditempuhi untuk menepati janji pada yang MAHA ESA ketika mana sebelum hambaNYA lahir di bumi yang fana ini...ASSALAMUALAIKUM dan SALAM PERTEMUAN pada semua insan yang bergelar manusia.,khususnya kepada sahabat dan bakal sahabat blogger yang akan sama-sama kita layari "BAHTERA BLOGGER" ini.tidak kira sama ada kita berbeza warna kulit,bangsa,keturunan mahupun agama..kitakan 1MALAYSIA..betul x????...bukan apa.,kuasa fikiran..,kuasa melihat..,kuasa menaip dan menyusun kata.,telah diberikan pada kita untuk pinjaman semata-mata untuk kita layarkan "BAHTERA BLOGGER" ini..sama ada.,kita layarkannya kearah maanfat yang bertunjangkan kebenaran yang hakiki dengan berpaksikan ISLAM atau kita layarkan "BAHTERA BLOGGER"kita ini kearah kebahagian..keseronokkan..,yang bertunjangkan hawa nafsu semata-mata dengan berpaksikan tipu daya syaitan hanya kiita sendiri yang menentukannya..oleh itu..akhir susunan huruf..,susunan tatabahasa dan akhir kata.."TEPUK DADA TANYA IMAN DI HATI"..salam ukhwah..=)