sEcuBiT kAta

Friday 27 May 2011


Assalammualaikum dan salam alam didahulukan sebelum menyusun kata..menutur bicara kepada semua insan yang menyandang jawatan sebagai “ manusia” serta diberi amanah dan tanggungjawab untuk membaca..meneliti..mengkritik serta memahami isi kandungannya..=)

  Tik..tok..tik..tok.. jarum di jam sentiasa bergerak mengikut waktu yang telah ditetapkan..dupdap..dupdap..degupan jantung terus berdegup selagi nyawa dikandung badan..Dalam kesibukkan kita mengejar arus kemewahan dan keselesan hidup..kadang-kadang kita terlupa janji  kita pada yang MAHA ESA ketika dahulu..kita leka dengan buaian hawa nafsu yang dibuaikan oleh syaitan..ada sama kita sedar mahupun kita buat-buat tidak sedar..ketika mana kita diberi tanggungjawab mahupun jawatan dalam sesuatu organisasi..kita mula bangga..kita mula riak dengan sedikit kelebihan pemberian ALLAH yang mahu menguji kita..bukan nak mengatakan diri ini cukup sempurna..Cuma nak mengajak kalian melayari bahtera kehidupan seharian kita..
bukan untuk megajak mengumpat,bukan nak mengajak menfitnah dan memburukkan sesiapa..atau pun sebaliknya..tetapi nak menyeru kepada diri ini serta kepada kalian mengenai ‘MASA’.
MASA…MASA…MASA…pasti dan mesti terlintas di kotak fikiran kita semua…bila sebut sahaja MASA,kita kaitkan ia dengan jam..tidak kira la..kita terbayang jenama jam apa sekali pun..jenis jam mahal..jenis jam murah..semuanya sama..yang berbezanya hanya kuantiti harga..tapi sayang sangat..andai kita ada punyai jam yang mahal..kuantitinya tinggi..,tapi dari sudut kuantitinya..hmmm..sangat rendah..apa yang cuba untuk disampaikan dari segi kuantiti ye?????..makna nya..jangan la kita hanya sibuk mencari mahupun membeli jam yang berjenama mahupun yang mahal sahaja..tapi kita tidak menggunakkannya sebaik yang mungkin..kita hanya menjadikan nya sebagai perhiasan pada diri..kita jadikan nya sebagai pelengkap perhiasan pada satu sudut kawasan..tidak kira la di rumah ke..dibilik tidur ke..dan di tempat-tempat yang lain..(maaf dipinta pada mana-mana yang terasa mahupun teguris hati)…
Hmmmm…bukan nak kata apa..pasti kalian pernah dengar ayat nie kan..contohnya gini.. ‘janji melayu..memang begitu pun..janji pukul 8 pagi..datangnya pkul 9 atau pukul 10 pagi’..betol x????..apa pandangan kalian semua tentang kata-kata nie???...rasa-rasanya boleh terima ke???boleh pakai ke????...
Hakikatnya memang begitu jika kita lihat manusia yang berbangsa melayu pada hari ini..(maaf dipinta sekali lagi pada mana-mana yang tersa hati)..bukan apa..niat dihati untuk menyedarkan kalian yang berbangsa melayu ini serta pada diri ini jua..
Jom…kita lapangkan dada..kita buka minda kita..kita buka seluas-luasnya mata kita pada keadaan sekeliling kita…cuba kita lihat kebiasaannya..siapa yang biasa sangat keluarkan kata-kata ‘janji melayu…kata nak datang awal..tapi lambat juga datang akhirnya’..siapa ye agak-agaknya…???

Nah..!!.pasti dan diri ini yakin yang amat..jawapannya adalah..bangsa melayu sendiri yang keluarkan kata-kata itu..betol x?????...siapa setuju..,angkat tangan macam saya..????...hehehe..,xdelah..gurauan semata-mata..kadang-kadang kita duduk saja..kita minum ke makan ke..pernah x terlintas seketika..atau sekejap saja..untuk kita fikir mengenai perkara ni?????..kita sibuk sangat marah dekat sesiapa pun..kalau kutuk bangsa kita sendiri…tapi..ada sama kita sedar..,atau buat-buat tidak sedar..kita sendiri yang kutuk bangsa kita…hahahahahaha…kelakar kan kita nie????..jadi apa respond kalian ye????..sekadar membaca..mengkritik..melihat sahaja je ke????...tidak mahu cuba ke untuk mengubah segala perspektif..segala pandangan orang terhadap bangsa MELAYU?????..hmmmmm..ayuh…sama-sama kita fikirkan..dan selamat beramal…
Ok..ok…hmm..itu baru cerita mengenai masa bersudutkan bangsa…cukup kot sekadar untuk menulis setakat itu..mungkin selepas nie kalian tolong kupas dan ulas ye mengenainnya…sekarang nak ajak kalian layarkan fikiran..pandangan..kalian mengenai masa bersudutkan agama lah pulak..huhuhu…
Rasanya..isu mengenai ini kot lagi best dibawa berkongsi dan bertukar pendapat..bukan apa…untuk mencari kebahagian didunia dan di akhirat….jom..jom…kita lapangkan fikiran..kita buka selapang-lapangnya dada kita untuk menerima pendapat orang..kita buka mata kita untuk menilai diri kita dan keadaan sekeliling…ok..????
Dalam kesibukan kita sebagai manusia mencari kesempurnaan dunia, ada di antara kita yang terlupa akan kesempurnaan rohaniah untuk di bawa pulang nanti bertemu yang Maha Esa. Sering dijadikan alasan masa..waktu….menjadi penghalang untuk berbuat amal kebaikan apatah lagi ibadah. Kalau difikirkan dari aspek perkerjaan....yang lain pun ada tanggungjawab masing-masing. Tetapi mengapa ada pihak yang mampu menyempurnakannya?. Di sini bukanlah saya cuba mengatakan diri  ini begitu sempurna... hanya..
sedikit pengatahuan yang diizinkan oleh Allah swt kepada diri ini untuk dikongsi bersama.

Hidup kita yang sangat singkat ini, penuh dengan banyak perkara dan tanggungjawab untuk dilaksanakan.
Tatkala kita sibuk mengerjakan yang lain,kita sering terlupa mengerjakan yang wajib. Sudah menjadi lumrah kita sebagai manuasia perlu mencari keperluan dalam hidup. Tetapi apalah salahnya kalau kita praktikkan sedikit masa untuk menunjukkan rasa kasih dan sayang kita pada Allah yang Maha Mengasihi lagi Maha Pemberi.

Kalau dilihat dari aspek masa yang sering menjadi persoalan atau lebih tepat lagi faktor utama kepada kita, kalau tidak silap kita ada 24 jam sehari. kita berkerja lebih kurang 8 hingga 10 jam sehari, kita berehat lebih kurang 5  hingga 8 jam. Kalau dikira masa yang memang betul-betul kita gunakan lebih kurang 18 jam. Tapi kita ada 24 jam. kita ada lebih kurang 6 jam lagi.
Mari kita lihat berapa banyak masa yang diambil untuk mengerjakan solat yang telah diwajibkan ke atas kita. Kalau saya kira masa yang diambil kalau kita berjemaah di masjid. kalau 4 rakaat + wirid + doa = 15minit. Kalau kita kira purata dalam 15 minit satu waktu....15 x 5 = 1 jam 5 minit. ada balance lagi dalam 4 jam setengah.

Setiap apa yang telah difardhukan ke atas kita adalah tanggungjawab yang kita perlu lakukan walau dalam apa keadaan sekali pun. Ini kerana setiap apa yang wajib itu ada kebaikannya. Contohnya solat itu sendiri. Selain sebagai penenang jiwa ia jugamerupakan punca..atau magnet rezeki. Jadi kenapa perlu kita abaikan? Padahal awalnya tadi kita sendiri yang sibuk dengan pencarian nafkah hidup. Bila sudah diberikan peluang oleh Allah swt untuk dipermudahkan, kenapa kita perlu pilih jalan yang susah? Itu baru satu, masih banyak lagi amal ibadah yang membawa kebaikan secara terus menerus kepada kita. Jadi tunggu apa lagi? Rebutlah peluang sementara kita masih ada kudrat melakukannya. Janganlah kita berputus pada rahmat Allah, sesungguhnya Allah swt itu Al Rahman,Al Rahim. Dan takkan pernah Dia mahu melihat hamba – hambanya dalam kesusahan
. Seruan saya pada diri saya dan yang lain. Marilah kita perbanyakkan ibadah kita mudah – mudahan kita akan dirahmatiNya stirve for mardhatillah=)

1 comment:

  1. teruskan usaha dlm penyampaian dakwah....semOga menjadi pendekar berkuda yg pantas menegakkan agamaNya....

    ReplyDelete